6.1
KOMEN DAN CADANGAN
Komen :
- Kualiti perkhidmatan di Borneo Cove Hotel dari segi layanan dan kualiti pekerjaan bagi kakitangan hotel sangat memuaskan serta mampu menarik minat tetamu untuk menginap lagi dihotel Borneo Cove untuk hari seterusnya.
- Mahir dalam berkomunikasi dengan berbahasa inggeris merupakan satu cara untuk memudahkan kakitangan berkomunikasi antara satu sama lain mengenai kegiatan di perhotelan.
- Penyusunan jadual kerja sangat teratur dan memuaskan. Hal ini, dapat melatih kepada kakitangan untuk melayan tetamu dengan secepat mungkin.
Cadangan :
- Dalam perancangan saya untuk menjadi sebuah institusi hotel yang mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi adalah seperti berikut :
- Kualiti perkhidmatan dari Jabatan Housekeeping perlu ditingkatkan dari masa ke semasa. Oleh itu, semua jenis perkhidmatan hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan prestasi hotel tidak cuma berada ditahap yang memuaskan sahaja tetapi hendaklah berada ditahap lima bintang.
- Selain itu, layanan yang berwibawa, pekerja yang berpengalaman dan mahir dalam berbahasa inggeris atau bahasa lain juga merupakan cadangan saya yang harus diambil kira.
- Penyusunan jadual kerja secara teratur dan bermesyuarat merupakan cara untuk mendengar atau mencari jalan penyelesaian bersama – sama yang sering dihadapi terutamanya dalam masalah kerja seharian perlu dijadikan sebagai salah satu nilai tambahan kepada pihak housekeeping.
- Bagi seorang Housekeeper dan Supervisor juga perlu menjadi seorang yang berpersonaliti baik dalam menghadapi sebarang masalah. Selain itu, jika berlakunya sebarang masalah, mereka hendaklah sentiasa mencari jalan penyelesaian dan memberi nasihat yang berguna serta memberi dorongan yang tinggi agar kakitangan sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti pekerjaan mereka.
No comments:
Post a Comment