2.8
KLASIFIKASI PERALATAN PEMBERSIHAN
Penyapu Dan Dus Pan
- Penyapu digunakan untuk membersihkan lantai dari sampah kecil dan habuk manakala Dust Pan digunakan untuk mengumpulkan kotoran. Selain itu, kedua peralatan ini berfungsi bagi memudahkan kerja – kerja pembersihan dilaksanakan.
Vacuum Cleaner
- Peralatan mekanikal ini berfungsi untuk membersihkan karpet dan menyedut habuk di bahagian celah – celah yang tidak dapat dicapai dengan menggunakan peralatan manual seperti penyapu.
Trolley
- Trolley ini digunakan untuk menyimpan bahan peralatan seperti chemical dan bahan kimia pembersihan. Trolley ini berfungsi bagi memudahkan aktiviti kerja dijalankan.
Double
Bucket Trolley
- Peralatan ini digunakan untuk menyimpan air yang telah dicampurkan dengan cecair bahan kimia, peralatan ini juga bagi memudahkan proses mopping.
Hand
Glove
- Berfungsi sebagai pelindung permukaan tangan yang mampu mengelakkan daripada terkena bahan kimia, ianya digunakan ketika melakukan kerja pembersihan.
Cleaning
Cloth
- Cleaning Cloth berfungsi untuk mengelap permukaan yang berhabuk, contohnya permukaan cermin, dinding, perabot dan dibahagian tandas seperti shower, permukaan mangkuk tandas dan cover tandas.
Toilet Brush
- Digunakan untuk membersihkan luar dan dalam permukaan mangkuk tandas yang kotor.
Window Wiper @ Squeeze
- Peralatan ini berfungsi untuk membersihkan permukaan kaca yang dikotori oleh habuk tebal, finger print dan debu.
Dust Mop
- Mempunyai persamaan dengan penyapu tetapi duster mop digunakan dikawasan yang lebih luas seperti kawasan Lobby atau Ballroom.Dust mop berfungsi untuk menyapu habuk dan kotoran kecil.
Window Washer
· Membersihkan permukaan kaca dan cermin, peralatan ini digunakan ditempat yang tidak dapat dicapai kerana peralatan ini boleh disambung menggunakan stick ( batang ).
Hand Brush
- Membersihkan kotoran degil terutamanya dikawasan sinki tandas dan tab mandi.
Johny Mop
- Digunakan untuk membersihkan permukaan lantai yang kotor dan berhabuk. Peralatan ini selalunya digunakan dikawasan bilik, lobi, dan tandas.
Baldi Mop
- Tempat ini berfungsi sebagai penyimpanan air pencuci dan johny mop yang digunakan semasa pembersihanan dijalankan.
Swimming Pool Cleaning Vacuum
- Swimming pool cleaning vacuum berfungsi untuk membuang kotoran yang berada di dalam kolam seperti alga – alga hijau yang boleh menyebabkan kolam renang menjadi keruh dan kelihatan kotor.
No comments:
Post a Comment