Wednesday, 31 May 2017

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA HOTEL


1.1 LATAR BELAKANG HOTEL







Borneo Cove Hotel mula beroperasi pada tanggal 15 September 2012, iaitu kira – kira enam tahun yang lalu dan diterajui oleh Datuk Nasir Yeo.


Pada awalnya, pemilik bercadang untuk mewujudkan satu International Collage Institution, akan tetapi melihat peluang yang ada, beliau membina sebuah hotel berserta Institute yang dikhususkan untuk pelajar yang mengambil dalam bidang perhotelan.


Borneo Cove Hotel yang terletak  di Jalan Buli Sim Sim, Sandakan, mengambil masa selama 15 minit dari pusat  perbandaran Sandakan.


Borneo Cove Hotel merupakan hotel yang bersifat mesra alam dan berkonsepkan Resort Style Hotel. Selain daripada lokasinya yang strategik, Borneo Cove Hotel juga memberikan keselesaan dan kemudahan yang pelbagai khususnya kepada tetamu yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan hotel.



No comments:

Post a Comment